Skip to main content

BAGAIMANA TUGAS GURU DALAM URUSKAN MURID PELBAGAI UPAYA

 



Nama: Nurul Athirah Batrisyia Binti Abu 
Kad Matrik: D20201094117 
Kumpulan: 15 
Kelas: KPS 3014 (N)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Haa.. yang baca tu. Okay pertama sekali di dalam blog ini saya akan menerangkan serba sedikit tentang ….


Bagaimana tugas dalam menguruskan murid pelbagai upaya’ ini. Seperti yang kita ketahui isu tersebut perlu kita mengambil tahu lebih-lebih lagi sebagai seorang guru yang bakal mengajar. Ok tanpa membuang masa saya akan teruskan dengan lebih lanjut.

Apabila kita mula dihantar ke program seperti program masalah pemulihan ataupun program pendidikan khas, kita masih kabur dan juga terkial-kial tentangnya. Pelbagai jenis soalan yang bermain di ruang fikiran kita lebih-lebih lagi bagi ibu bapa. Seperti apakah aktiviti yang perlu dirancang oleh guru? Bagaimanakah program tersebut dilaksanakan? Adakah gurunya bagus dalam mengendalikan proses pembelajaran dan pelajaran?

PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

Berikut adalah beberapa perkara iaitu program yang dijalankan mengikut sesuatu pengurusan sekolah:

1.      Persediaan bilik darjah

·       Menguruskan papan tanda di luar sekolah supaya kewujudan kelas pendidikan kahs dan pemulihan di sekolah kita sebagai satu makluman kepada masyarakat ketahui.

·         Memastikan bilik darjah dan persekitaran dalam keadaan yang selamat dan kondusif

·         Menyiapkan ruang ataupun bilik bagi stesen pembelajaran

·         Menyediakan perlatan yang secukupnya

2.      Pendaftaran murid

·         Bagi sekolah menengah (program pendidikan khas), perlu memastikan setiap murid menerima fail peribadi murid daripada sekolah rendah. Manakala bagi murid pemulihan pihak kelas aliran perdana yang akan menguruskannya.

·         Bagi murid pendidikan khas mereka perlulah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan mempunyai kad kenal diri bagi orang kurang upaya. Manakala bagi murid pemulihan mereka tidak memerlukannya.

3.      Program inklusif

·         Program ini sangat penting dah harus dijalankan. Mengikut subjek yang bersesuaian.

·         Seterusnya, mengenal pasti murid yang sesuai untuk dilibatkan dalam program inklusif tersebut. Pada masa yang sama, segala maklumat dan penegrangan daripada guru haruslah diberikan kepada ibu bapa, pengetua ataupun guru biasa mengenai program inklusif ini.

·         Membimbing pelajar yang terlibat dalam program ini bagi memastikan pelajar tersebut dapat belajar, mendaftar serta menduduki peperiksaan besar seperti pelajar di aliran integrasi sekiranya mereka layak.

·         Mereka juga perlulah mencapai tahap pencapaian akademik yang hampir sama dengan murid-murid normal dan juga boleh ditempatkan belajar besamaa-sama murid normal dalam semua mata pelajaran ataupun sesetengah mata pelajaran.

Hal ini demikian kerana, ianya bertujuan bagi memastikan dan menggalakkan interaksi di antara murid berkeperluan khas dengan murid normal tanpa mengira perbezaan individu.

FAIL PERIBADI MURID

Okay, selain itu terdapat juga perkara lain yang perlu seorang guru ketahui semasa menjalankan tugas mereka dalam menguruskan murid pelbagai jenis upaya ini. Antaranya ialah bagi fail peribadi murid. Setiap murid, perlulah disediakan satu fail peribadi dan juga maklumat di dalam fail tersebut perlulah sentiasa dikemaskinikan.

Fail yang baik dan sempurna perlu mengandungi maklumat seperti:

1.      Profil

·         Rekodkan maklumat mereka seperti minat, bakat, apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan dan sebagainya.

·         Gambar murid tersebut

2.    Latar belakang ataupun maklumat peribadi murid. Segala benda penting tentang maklumat ini perlulah diambil kira dalam menyempurnakan fail mereka.

3.   Laporan perubatan. Segala laporan doctor menegnainya bagi kita sebagai seorang guru untuk mencatatkan sekiranya murid tersebut perlu mendapatkan batuan seperti pakar fisioterapi, psikologi kanak-kanak, terapi pertuturan dan sebagainya.

4.    Laporan pergigian

5.   Buku rekod kesihatan murid

6.   Pendidikan. Di mana tahap pendidikan mereka daripada kecil sehingga kini

7.    Ujian diagnostik

8.    Soal selidik tingkah laku

9.    Borang penilaian

10. Borang rekod prestasi

11.  Rancangan Pendidikan Individu (RPI) 

Segala senarai tersebut apabila sahaja murid kita telah menamatkan sesi persekolahan mereka, kita perlulah menyerahkan segala sijil penyertaan dan sijil penghargaannya dan juga maklumat mereka. Tidak lupa juga kita perlulah membuat satu salinannya bagi rujukan di masa hadapan.


RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI)

Kita berapa di isi yang sangat penting juga bagi seorang guru iaitu ‘Rancangan Pendidikan Individu (RPI)’. Setiap program pendidikan khas perlu menyiapkan satu Rancangan Pendidikan Individu (RPI). RPI adalah sebuah dokumen bertulis atau bertaip yang bersifat individu bagi meningkatkan tahap mutu pendidikan bagi murid pendidikan khas. Saya akan menjelaskannya dengan lebih lanjut tentang ini.

Tujuan Rancangan Pendidikan Individu ini adalah :

·         Menetapkan matlamat pembelajaran bagi murid

·         Memastikan perkhidmatan disediakan bagi mencapai matlamat itu

·         Menggalakkan perhubungan komunikasi antara ibu bapa dan profesional lain berkaitan murid tersebut

·         Bagi memastikan semua pihak turut memainkan peranan masing-masing dalam menyediakan pendidikan bagi murid pendidikan khas. 

Kandungan RPI yang mempunyai:

·         Nama murid, tarikh lahir dan umur

·         Rancangan akademik dan bukan akademik

·         Tarikh memulakan rancangan dan tarikh semak semula

·         Matlamat yang ditentukan bagi murid

·         Strategi yang dilaksanakan

·         Penilaian 

Selain itu, bagi Rancangan Pendidikan Individu (RPI) ini juga adalah berdasarkan kepada satu rancangan yang digubal oleh ahli jawatankuasa. Bagi menetapkan kepada matlamat pendidikan khas melalui jangka panjang dan matlamat jangka pendek.

Segala matlamat yang perlu dicatatkan ini adalah mengikut kepada perkara yang ini dinyatakan seperti kemahiran ataupun tingkah laku yang ingin kita lihat terhadap murid tersebut. Matlamat jangka panjang ini ditetapkan bagi sepanjang tahun manakala bagi matlamat jangka pendek pula lebih kepada beberapa minggu ataupun beberapa bulan sahaja mengikut kadar penentuan. Pada masa yang sama, bagi matlamat jangka pendek ini dapat membantu dalam mencapai matlamat jangkan panjang. Malah ianya juga perlu tepat dan spesefik.

Bagi mencapai kesemua matlamat ini, perlulah berkerjasama dengan semua pihak merupakan satu yang terpenting bagi memastikan kejayaan RPI ini digubal. Ibu bapa turut memainkan peranan terpenting dalam menentukan objektif dan matlamat yang diperlukan bagi murid itu.

KEBERSIHAN DAN KESIHATAN MURID

Eh.. eh… belum habis lagi. Sabar.. Baiklah, saya akan meneruskan lagi dengan serba sedikit pada bahagian seterusnya. terdapat juga bahagian lain yang perlu kita mengambil remeh antaranya tahap kebersihan dan juga kesihatan murid.

Kita sebagai seorang guru, perlu peka mengenai masalah murid kita lebih-lebih lagi pada tahap kebersihan dan kesihatan mereka. Ini juga turut diambil serius kerana kita bertanggungjawab dalam memerhati murid supaya mereka mengamalkan kebersihan dan mempunyai kesihatan yang baik. Kesemua ini juga turut ditekankan lebih dalam mata pelajaran "Pengurusan Diri" bagi murid-murid berkeperluan khas. Hal ini demikian kerana, mata pelajaran tersebut akan mendidik mereka bagi mengamalkan kebersihan dengan cara yang betul dan efektif. Sebagai seorang guru, kita perlu membantu mereka kerana anak istimewa ini merupakan anak murid kita.

KESELAMATAN DI SEKOLAH

Kejap sebelum saya akhiri dengan kesimpulan oh ya, satu lagi perkara yang harus kita ambil serius adalah tentang keselamatan di sekolah.

Hal ini demikian kerana, walaupun sekolah bukannya tempat yang berisiko tinggi tetapi sekiranya perkara yang tidak diingini kemungkinan risiko turut akan terjadi. Ramai menganggap ini sebagai satu yang tidak perlu diambil serius.

1.      Keselamatan semasa berada di kawasan sekolah

·         Mengelakkan murid daripada berkeliaran di kawasan sekolah yang jauh daripada kelas pendidikan khas serta perlu memantau mereka

·         Mengelakkan murid daripada bersendirian.

·         Elakkan murid daripada bergayut pada pemegang tangga dan beranda

·         Memastikan semua laluan tangga dan koridor berada dalam keadaan yang selamat, baik dan bebas daripada segala halangan yang mendatangkan risiko yang tinggi ataupun cedera kepada murid

·         Memastikan murid datang dan pulang dalam keadaan yang selamat serta memantau mereka.

2.      Keselamatan semasa berada di dalam bilik darjah

·         Pastikan guru sentiasa berada di dalam bilik darjah

·         Permukaan lantai bilik darjah perlulah sentiasa dalam keadaan kering dan rata tidak perlu licin.

·         Sekiranya kipas rosak, berbunyi ataupun ianya terlalu lama perlu ditukarkan dengan kadar segera

·         Elakkan murid daripada bermain dengan suis dan plug elektrik

·         Jangan biarkan mereka berdiri di atas kerusi ataupun di meja.


3.      Keselamatan di kantin

·         Murid perlulah mematuhi peraturan di kantin antaranya ialah beratur semasa membeli makanan

·         Membasuh kedua belah tangan sebelum makan dan selepas makan

·         Memastikan murid makan dalam keadaan yang tenang, baik dan bukan dalam keadaan yang gelojoh

·         Jangan memaksa murid makan secepat mungkin

·         Dilarang bergurau semasa makan serta elakkan makan sambil bercakap. Kesemua ini merupakan ada ketika makan dan keselamatan di kantin

Okay kita sampai dipenghujung blog ini. Agak sedih sebelum berpisah dan bagi saya untuk  menamatkan isi serta huraian ini.

Secara kesimpulannya, murid-murid pelbagai upaya pada masa ini adalah merupakan satu kearah mengintegrasikan mereka dengan murid-murid yang normal. Maka, lebih ramai guru khas pada masa ini dilatih untuk memberi perkhidmatan tugas mengajar serta menguruskan mereka di sekolah. Pada masa yang sama, seorang guru turut memainkan pernanan penting dalam keberkesanan dan kejayaan kepada sesebuah program pendidikan khas, program sekolah integrasi ataupun program inklusif. Oleh itu, tugas yang dijalankan sebagai seorang guru dalam menguruskan murid pelbagai upaya ini sangatlah istimewa dan perlu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.

Itu sahaja daripada saya, maaf andai terdapat kekurangan disini. Sekian terima kasih. Selamat membaca.

RUJUKAN
K.A. Razhiyah. (2005). Menjadi Guru Pendidikan Khas. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Wong,K. W, Khairuddin Mohamad, Maridah Hj. Alias, Rashinawati Abd Rashid & Azlina Ahmad. (2013). Perkembangan kanak-Kanak. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.


Comments